Keenakan mi kolok daging Sarawak - Utusan Malaysia

Keenakan mi kolok daging Sarawak

MENYELERAKAN...Mi kolok daging Sarawak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MI yang direbus, dihidang dan dimakan bersama kuah sup beserta hirisan daging dan kicap sememangnya cukup sinonim bagi penggemarnya.

Tetapi ia bukanlah mi sup biasa yang menjadi kegilaan ramai. Mi Kolok Daging yang terkenal di negeri Sarawak ini cukup membuka selera sesiapa sahaja yang mencubanya.

Keunikan dan kesedapan hidangan mi kolok dengan hirisan daging adalah kerana nama dan rupanya.

Mi kolok (mi kolo) adalah mi kering atau mi rangkai (perkataan Iban yang bererti kering) malah ia turut dikenali sebagai mi sanggul kerana bentuknya.

MI KOLOK DAGING (seorang makan)

Bahan-bahan:

* Mi kolok – 110gm
* Perencah sup – 1/2 sudu teh
* Daging – 35gm
* Bawang putih – 5gm
* Minyak bawang – 1 sudu makan
* Kicap pekat -1 sudu teh
* Cuka- 1/2 sudu teh
* Air – 1 periuk kecil untuk mencelup mi kolok
* Garam – 2 cubit atau secukup rasa
* Taugeh – Sedikit sahaja
* Kicap pekat – 1 sudu makan
* Cili padi – 1 atau 2 batang

CARA PENYEDIAAN MI:
1. Masak air sampai mendidih. Masukkan mi kolok.
2. Apabila mi timbul di permukaan periuk bermaksud mi masak, celup semula mi ke dalam air sejuk.
3. Kemudian celup semula dengan air panas.
4. Keluarkan dan toskan. Campurkan bahan perasa tadi.

CARA PENYEDIAAN DAGING:
1. Rebus daging sehingga empuk atau lembut. Masukkan garam atau perasa secukupnya.
2. Masukkan rempah sup bunjut daging agar air rebusan tidak terlalu bau.
3. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
4. Daging boleh dimasak kicap untuk memberi lebih rasa enak.

CARA PENYEDIAAN SUP:
1. Gunakan sup tulang untuk hidangan sup.
2. Masukkan rempah sup tulang, halia, bawang putih, garam dan perasa.
Cara penyediaan kicap:
1. Kicap pekat dicampur atau dikisar dengan cili padi dan bawang putih
Hidangan sempurna
1. Sediakan mi kolok di dalam mangkuk. Letakkan hirisan daging di atas mi.
2. Sediakan mangkuk kecil untuk sup tulang. Masukkan taugeh atau daun sup ke dalam sup tulang.
3. Hidangan Mi Kolok Daging siap dimakan dengan sup tulang dan kicap.

RESIPI oleh: Siti Rahmah: Facebook: Siti Rahmah
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×