Kepulangan Sanusi disambut ribuan penyokong

Kepulangan Sanusi disambut ribuan penyokong

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor dikerumuni para penyokong ketika tiba di LTSAH, Kepala Batas di Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lebih 1,000 penyokong berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini bagi menyambut kepulangan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor selepas beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, pagi tadi.

Ketibaan Menteri Besar kira-kira pukul 4.30 petang disambut dengan laungan takbir serta ‘Hidup Sanusi’ selain para penyokong dan ahli Pas berebut-rebut untuk bersalam dengannya.

Selain menunggu di balai ketibaan LTSAH, terdapat penyokong yang menunggu di tepi jalan sepanjang laluan ke lapangan terbang itu untuk melambai ke arah Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu.

Ketibaan Muhammad Sanusi disambut isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh dengan beberapa kepimpinan Pas negeri turut hadir antaranya, Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya; Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad serta Ketua Penerangan Pas Kedah, Mohd. Azam Abd. Samat.

Muhammad Sanusi bagaimanapun sekadar bersalaman dengan para penyokongnya tanpa membuat sebarang ucapan.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen Selayang pagi tadi, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lalu.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Simpang Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara di Kuala Lumpur pada 11 Julai lalu.

Dalam sidang akhbarnya selepas dituduh pagi tadi, Muhammad Sanusi berkata pertuduhan itu bermotifkan politik dan menunjukkan kerajaan berada dalam ketakutan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×