Tahun 2023 patut bincang isu ekonomi bukan Malaysia milik siapa - PM - Utusan Malaysia

Tahun 2023 patut bincang isu ekonomi bukan Malaysia milik siapa – PM

ANWAR Ibrahim pada Persidangan Undang-Undang Malaysia Antarabangsa di Hotel Shang Ri-La, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin terdesak dan mahu dilihat terus relevan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa mempromosikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum  melanggar Perlembagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bekas Perdana Menteri itu telah kehilangan pengaruh selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)  sehingga hilang deposit ketika bertanding di kerusi Parlimen Langkawi.

“Saya rasa kita tidak patut ambil serius sangat. Sudah tentu, (ini) percubaan terakhirnya untuk dilihat relevan. Saya akan menjadikan dia (Mahathir)  tidak relevan.

“Saya tidak akan mengulas mengenainya,” katanya dalam sesi soal jawab dalam Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2023 di sini hari ini.

Anwar  menjawab soalan bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Christopher Leong berkenaan kenyataan  Dr. Mahathir berkaitan mempromosi Malaysia sebuah negara berbilang kaum.

Dr.Mahathir   mendakwa, amalan mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan  sebaliknya Perlembagaan Persekutuan hanya menekankan Kemelayuan Malaysia.

Mengulas lanjut,  Anwar berkata, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menggariskan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Katanya, Perlembagaan juga dengan jelas menyatakan perlu melindungi semua rakyat di negara ini, malah, masa depan adalah untuk semua rakyat Malaysia.

“Saya sebagai orang Melayu, saya menghormati Raja, budaya, bahasa dan tradisi Melayu tapi saya tidak boleh menidakkan hak bangsa lain.

“Saya tidak boleh faham, kenapa dalam tahun 2023, kita tidak membicarakan mengenai ekonomi atau teknologi digital, sebaliknya, mengenai negara ini milik siapa,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×