Gentari, SEB dan SEDC Energy jalin kerjasama

Gentari, SEB dan SEDC Energy jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gentari Sdn. Bhd. (Gentari) memeterai dua perjanjian kerjasama strategik (SCA) dengan Sarawak Energy Bhd. (SEB) dan SEDC Energy Sdn. Bhd. (SEDC Energy) bagi meneroka peluang dan potensi dalam membangun serta menggunakan penyelesaian tenaga bersih di Sarawak.

Kerjasama antara Gentari dan Sarawak Energy akan memberi tumpuan dalam mempelbagai dan meningkatkan campuran tenaga Sarawak termasuk membolehkan bekalan tenaga yang lebih mampan melalui penggunaan projek tenaga boleh diperbaharui.

Sementara itu, kerjasama dengan SEDC pula lebih menumpukan kepada pengeluaran hidrogen hijau dengan mengoptimumkan sumber boleh diperbaharui yang banyak di negeri Bumi Kenyalang.

Ketiga-tiga syarikat itu dalam satu kenyataan bersama berkata, kerjasama berkenaan juga bakal mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang komprehensif dan luas di Sarawak.

Kata kenyataan itu, inisiatif berkenaan penting dalam mempromosikan penyelesaian mobiliti hijau dan menggalakkan peralihan ke arah pengangkutan rendah karbon di negeri itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gentari, Sushil Purohit berkata, kerjasama strategik dengan SEB dan SEDC Energy merangkumi pendekatan holistik untuk menangani keperluan tenaga bersih Sarawak.

“Kami bangga dapat bekerjasama dengan SEB dan SEDC Energy untuk meneruskan penggunaan penyelesaian tenaga bersih di Sarawak dan secara aktif memacu usaha peralihan tenaga dan penyahkarbonan negeri.

“Dengan memanfaatkan kepakaran kami untuk membolehkan penyelesaian hujung ke hujung, Gentari menyasarkan untuk membantu memupuk masa depan yang lebih hijau dan lebih berdaya tahan tenaga untuk negeri ini.

“Kamu juga akan meletakkan Sarawak sebagai peneraju serantau dalam tenaga bersih, dengan tumpuan kepada sektor hidrogen hijau,” katanya.

Untuk memastikan kejayaan penuh kerjasama strategik itu, Gentari akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan pihak berkepentingan lain dalam rangka kerja penyelarasan awam dan swasta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×