Boustead Plantations rekod pendapatan RM200 juta

Boustead Plantations rekod pendapatan RM200 juta suku pertama 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Boustead Plantations Berhad (BPlant) mencatatkan keuntungan selepas cukai dan zakat (PAT) tidak diedit berjumlah RM3 juta, manakala keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBT) sebanyak RM14 juta, pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (S1 TK23).

Bagi tempoh dilaporkan, syarikat merekodkan pendapatan berjumlah RM200 juta.

Menurut BPlant, keuntungan yang lebih rendah berbanding suku pertama 2022 (S1 TK22) adalah disebabkan oleh kemerosotan yang ketara dalam harga produk sawit pada suku dalam tinjauan dan kesan negatif terhadap penilaian buah tandan segar (FFB).

“Selain itu, keputusan suku pertama tahun lepas mendapat manfaat daripada keuntungan daripada pelupusan tanah Kulai Young,” katanya dalam kenyataan.

Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 1.0 sen sesaham untuk tahun fiskal berakhir 31 Disember 2023. Dividen ini dijadual dibayar pada 23 Jun 2023, kepada semua pemegang saham dalam daftar pada 9 Jun 2023.

BPlant berkata, purata harga minyak sawit mentah (MSM) bagi suku pertama berjumlah RM4,017 setan metrik (MT), berbanding RM6,030 pada suku yang sama tahun lalu.

Harga purata isirung sawit (PK) pula sebanyak RM2,126 setan lebih rendah berbanding RM2,529 setan setahun lalu.

“Pengurangan harga memberi kesan buruk kepada hasil Kumpulan pada suku semasa,” katanya.

Jelasnya, pengeluaran BTS pada suku dilaporkan susut 3 peratus kepada 190,400 tan metrik daripada 195,882 tan metrik tempoh sama setahun lalu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BPlant, Fahmy Ismail berkata, walaupun menghadapi cabaran dalam industri dan pengurangan sedikit dalam pengeluaran pada suku dilaporkan, syarikat digalakkan oleh daya tahan yang telah ditunjukkan.

“Aspek utama inisiatif penambahbaikan hasil ialah skim penanaman semula yang berterusan, bertujuan untuk mengurangkan kawasan matang dan menanam pokok dengan hasil yang lebih tinggi, untuk meningkatkan kecekapan operasi dan keuntungan pada tahun-tahun akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×