Tiada pencemaran air di Sungai Muda

Tiada pencemaran air di Sungai Muda

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kualiti air Sungai Muda berada pada tahap baik mengikut bacaan yang direkodkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah selepas insiden kerosakan baraj sehingga berlaku penurunan paras sungai itu, Isnin lalu.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, bacaan indeks kualiti air di stesen pengawasan automatik Sungai Muda dicatatkan pada kelas dua dengan tiada sebarang pencemaran sekali gus selamat untuk dirawat sebagai sumber air negeri ini.

“Memang ada pengawasan di beberapa kawasan di Sungai Muda dan stesen ini yang boleh mencetuskan amaran secara talian terus ke telefon. Kita boleh tahu sekiranya ada berlaku pencemaran dan parameter apa yang terlibat.

“Jika ada kita terus ambil tindakan susulan untuk siasat punca dan maklumkan kepada agensi-agensi berkaitan berkenaan dengan perkara tersebut,” katanya pada Majlis Jamuan Aidilfitri JAS Kedah di sini, semalam.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, berlaku gangguan bekalan air terawat membabitkan kira-kira 251,800 akaun Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) di tiga daerah negeri ini serta Pulau Pinang.

Kejadian itu berlaku apabila tiga Loji Rawatan Air (LRA) gagal mengepam air ekoran penurunan paras Sungai Muda secara mendadak selepas air sungai itu terlepas ke dalam laut akibat kerosakan baraj.

Ditanya apakah pensampelan khusus dibuat untuk mengenal pasti secara terperinci kualiti sungai tersebut, katanya, JAS Kedah terbuka untuk bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Kejadian baraj itu sebenarnya bukan berada dalam tanggungjawab JAS. Ia adalah di bawah satu agensi yang lain cuma kita kalau diminta oleh mana-mana agensi kita bekerjasama jika ada permintaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×