NanoMalaysia lancar dua skim pensijilan produk

NanoMalaysia lancar dua skim pensijilan produk

MAJLIS pelancaran skim pensijilan produk iaitu NANOTrust dan GRAPHENEVerify oleh NanoMalaysia Berhad di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: NanoMalaysia Berhad (NMB) melancarkan dua skim pensijilan produk iaitu NANOTrust dan GRAPHENEVerify dalam usaha meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap teknologi nano.

NMB adalah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup, dan dihadiri Pengerusi NANOVerify Sdn. Bhd., Datuk Fadilah Baharin dan Ketua Peagwai Eksekutif NMB, Dr. Rezal Khairi Ahmad.

Menurut NMB, Skim NANOTrust dan Skim Pensijilan Produk GRAPHENEVerify, di bawah Program NANOVerify, memberikan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai produk mengandungi nano untuk mendapatkan kepercayaan yang kredibel bagi menembusi pasaran yang lebih luas di dalam atau luar negara.

“Ia sekaligus menyumbang kepada penciptaan ekosistem nanoteknologi yang dinamik dan progresif, sebagaimana termaktub dalam Dasar dan Strategi Kebangsaan Nanoteknologi 2021-2030 (DSNN) untuk menangani pelbagai cabaran dan memacu industri nanoteknologi dan graphene Malaysia ke hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, dalam dua Rancangan Malaysia (RMK) yang lepas, Malaysia telah mencapai kemajuan yang signifikan dalam membangunkan industri nanoteknologi.

Menurut NMB, Malaysia telah menubuhkan dirinya sebagai pusat pengiktirafan bagi penyelidikan, pembangunan, dan komersialisasi nanoteknologi, dengan kumpulan penyelidik yang terampil, institusi penyelidikan bertaraf dunia, dan
persekitaran dasar yang menyokong.

Katanya, Skim Pensijilan Produk NANOTrust dan GRAPHENEVerify selaras dengan tiga tonggak Malaysia MADANI iaitu kelestarian, inovasi, dan kepercayaan untuk memacu nanoteknologi sebagai salah satu enjin pertumbuhan negara.

Kedua-dua skim itu menekankan penempatan produk nano berkualiti di pasaran sambil menangani kebimbangan tentang tuntutan produk.

“Inisiatif ini juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) nombor 9 dalam membina infrastruktur yang berdaya tahan dan memupuk inovasi.

“Industri berteknologi tinggi, termasuk nanoteknologi, telah terbukti lebih tahan lasak dalam krisis berbanding dengan industri berteknologi rendah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×