Pernas terima pensijilan sistem pengurusan antirasuah

Pernas terima pensijilan sistem pengurusan antirasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) memperoleh pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) berkuatkuasa 27 Januari lalu.

Pensijilan yang telah dianugerahkan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd dan The International Certification Network, IQNet menjadi bukti pengamalan kepada piawaian tadbir urus yang baik dan teguh agensi berkenaan.

Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, ISO 37001:2016 ABMS mematuhi prinsip liabiliti korporat seperti yang telah
ditetapkan di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Pindaan 2018), sekali gus membuktikan komitmen Pernas terhadap perkhidmatan yang berintegriti demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Kata beliau, pensijilan itu menunjukkan komitmen berterusan Pernas dalam mewujudkan persekitaran yang adil, bersih dan bebas rasuah serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional dalam aktiviti perniagaan harian.

“Malah, pengiktirafan ini mengukuhkan lagi tahap kedudukan sikap sifar toleransi Pernas terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi,” ujarnya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Pernas telah pun melaksanakan beberapa inisiatif bagi membasmi dan memberi kesedaran kepada warga kerja mengenai kepentingan menjauhi dan mengelakkan elemen-elemen rasuah atau korupsi di dalam melaksanakan tugasan harian.

Ia termasuk mengemaskini Polisi Anti-Rasuah dan Korupsi, Polisi Tiada Pemberian Hadiah (No Gift Policy), Ikrar Bebas Rasuah dan Integriti Korporat serta mewujudkan saluran pemberian maklumat kepada warga kerja untuk melaporkan kes yang
disyaki berkenaan dengan perlakuan tidak wajar (whistleblowing).

Selain itu, Pernas turut membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (Pernas OACP) berdasarkan inisiatif mandatori di bawah Strategi 2, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) iaitu memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam sektor awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×