RTO M&A Securities hampir selesai

RTO M&A Securities hampir selesai

MAJLIS menandatangani perjanjian tana jamin antara SYF Resources Berhad dengan Malacca Securities Sdn. Bhd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: M&A Securities Sdn. Bhd. (M&A Securities) semakin hampir untuk menjadi syarikat senaraian awam, selepas SYF Resources Berhad (SYF) menandatangani perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities Sdn. Bhd. (Malacca Securities).

Perjanjian itu untuk syarikat berkenaan menaja jamin bahagian terbuka Terbitan Hak bagi mengumpul dana berjumlah RM62.58 juta.

SYF yang asalnya adalah pengilang perabot, telah melupuskan perniagaan sedia ada dan akan menceburi industri perkhidmatan kewangan melalui pembelian M&A Securities, syarikat broker saham dan penasihat korporat tempatan yang berkembang pesat, dalam satu pengambilalihan berbalik (RTO).

SYF pada 19 Januari 2023 telah memperoleh kelulusan pemegang saham untuk RTO tersebut, terdiri daripada pelbagai cadangan, termasuk Terbitan Hak sebanyak 284.44 juta saham baharu (Saham Hak) (Terbitan Hak) pada harga 22 sen setiap satu.

“Dalam hal ini, pemegang saham SYF di bawah Insas Berhad telah mengambil keputusan untuk melanggan hak penuh mereka kepada Terbitan Hak tersebut.

“Serentak dengan Terbitan Hak, SYF juga akan melaksanakan Terbitan Terhad sebanyak 157.80 juta saham pada 22 sen setiap satu (berjumlah RM34.72 juta) (Terbitan Terhad) kepada pengarah dan pekerja yang layak bagi Kumpulan SYF yang diperbesarkan, termasuk M&A Securities serta orang yang telah menyumbang kepada pertumbuhan M&A Securities.

“Secara keseluruhan, Kumpulan SYF yang diperbesarkan akan meraih RM97.29 juta daripada dua pengumpulan dana,” maklum syarikat itu dalam kenyataan.

Pengarah Eksekutif SYF and Pengarah Urusan Kewangan Korporat M&A Securities, Datuk BillTan berkata, pihaknya gembira dengan sokongan yang diterima daripada penaja jamin untuk Terbitan Hak serta pelabur untuk Terbitan Terhad.

Kata beliau, dana yang diperoleh akan membolehkan M&A Securities mempercepatkan laluan pertumbuhannya, sambil syarikat berusaha untuk mencapai salah satu objektif utamanya, iaitu untuk mengembangkan kapasiti dan kumpulan bakat.

“Ini dalam jangkaan peningkatan permintaan bagi perkhidmatan pasaran modal kami kerana M&A Securities terus membawa masuk ekuiti baharu kepada pasaran modal melalui tawaran awam permulaan yang mantap,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×