‘Lembaran Baru, Setia Bersama’

‘Lembaran Baru, Setia Bersama’

AZIZAH mengitar dan menjahit semula langsir lama untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju harta­nah, S P Setia baru-baru ini me­lancarkan filem berjudul Langsir untuk memberi inspirasi kepada penonton agar melakukan kebaikan melalui aktiviti kitar semula dan membantu mereka yang memerlukan.

Pelancaran filem itu juga ber­­sempena pelancaran tema sam­butan Hari Raya syarikat itu, ‘Lembaran Baru, Setia Bersama.’ Ia kesinambungan daripada tema kitar semula Tahun Baharu Cina yang lalu.

Langsir mengisahkan ba­gaimana Nana berasa terbeban dengan kerja sukarela ibunya, Azizah, seorang tukang jahit yang bermurah hati mengumpul dan mengitar semula langsir lama untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

“Dia kemudian diingatkan tentang kegembiraan apabila menyedari makna dan kepuasan di sebalik perbuatan baik yang disampaikan kepada ma­syarakat,” jelas syarikat itu dalam kenyataan.

Lanjutan tema filem itu, SP Setia sekali lagi bekerjasama dengan perusahaan sosial, Kloth Cares untuk menyokong usaha kitar semula fabriknya.

Ketua Penjenamaan dan Komunikasi Kumpulan SP Setia, Adelene Wong berkata, bagi menyokong komuniti yang memerlukan sambil mengurangkan sisa, usaha kitar semula kain itu adalah sebahagian daripada agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat.

“Ini untuk mengurangkan kesan alam sekitar, terutama­nya semasa musim perayaan ini yang disambut secara meluas di Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya, sebanyak 41 tong kitar semula fabrik telah diletakkan di galeri dan tempat jualan SP Setia di seluruh negara, termasuk Melbourne dan Singapura untuk mengumpul langsir dan fabrik terpakai.

SP Setia turut menugaskan tukang jahit B40 dari Kloth Cares untuk menukar semula langir lama yang dikumpul melalui aktiviti kitar semula tersebut menjelang Hari Raya, yang diagihkan kepada keluarga asnaf untuk membantu mereka menghiasi kediaman pada musim perayaan itu.

Selain itu, pertandingan swafoto kitar semula kain turut dianjurkan di mana pemenang bertuah akan menerima uncang kain kitar semula keluaran Komuniti Tukang Jahit dengan mengambil gambar mereka menyertai inisiatif tersebut dan menyumbangkan langsir lama di salah satu lokasi tong kitar semula kain,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×