TTONTHEMOVE lupakan sengketa - Utusan Malaysia

TTONTHEMOVE lupakan sengketa

TTONTHEMOVE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pernah menjadi perhatian melalui insiden pergaduhan dengan kumpulan terkenal K-Clique sekitar tahun lalu. Nama kumpulan hip hop ini pada mulanya menimbulkan kegusaran antara peminat. Enggan lagi terpalit dengan kisah lama, kini TTONTHEMOVE muncul dengan kisah berbeza untuk tahun 2021.

Berkongsi mengenai single terbaharu berjudul Roy, ada yang berbeza mengenai lagu ini apabila eksperimentasi muzik kali ini menyajikan kombinasi baru buat TTONTHEMOVE dalam menggabungkan muzik trap ‘new-school’ dengan rock-kapak ‘old-school’.

“Biarpun pernah terpalit kontroversi berantakan dengan pemuzik lain tahun lalu, fokus kami tahun ini sememangnya bagi menghasilkan lebih banyak lagu yang segar dan berbeza.

“Kami sudah melupakan tragedi hitam tersebut malah kini teruja untuk berkolaborasi bersama Zynakal dimana ia merupakan kolaborasi pertama Zynakal bersama kumpulan “rap underground”.

“Besar harapan kami agar lagu ini dapat membuka mata masyarakat tentang keseimbangan kombinasi antara muzik barat dan rock kapak timur. Semoga sekuel ketiga Rompak Sound ini akan membuka jalan baru buat TTONTHEMOVE untuk terus bereksperimentasi dalam pembikinan lagu serta mendapat sambutan ramai sekaligus membuka jalan baru buat kami dalam arena muzik tanah air,” jelas Tulangkata.

Mula mencipta nama sejak penghujung tahun 2019, TTONTHEMOVE yang kini dianggota tujuh anak muda turut melihat Roy sebagai permulaan untuk mereka menghasilkan lebih banyak lagu yang akan memberi nafas baharu buat dunia hiphop tempatan.

Selain itu kumpulan ini juga pernah melancarkan lapan buah termasuklah Runnagang dan Lu Tahu Tu yang mendapat sambutan luar biasa daripada peminat musik ‘underground’ negara.

Roy oleh TTONTHEMOVE feat. Raq kini sudah tersedia dalam semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music, manakala lirik videonya boleh ditonton dalam YouTube channel TT ONTHEMOVE bermula pukul 9 malam 5 Februari 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×