PIS: Masih ada ruang untuk kemuka rayuan kepada JAS

Masih ada ruang untuk kemuka rayuan kepada JAS berhubung projek PIS – PenMutiara

PenMutiara akan mengemukakan rayuan kepada Lembaga JAS berhubung kelulusan EIA yang diberikan kepada projek tambak laut PSI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara) akan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang diberikan kepada projek tambak laut Penang South Island (PSI).

Timbalan Pengerusi PenMutiara, Zakaria Ismail berkata, pihak­nya akan membuat persediaan sebelum mengemukakan rayuan tersebut dalam tempoh terdekat.

‘’Masih ada ruang untuk kami kemukakan rayuan ber­kenaan.

‘’Pada masa ini, kelulusan pelan pengurusan alam sekitar (EMP) bagi projek PSI masih belum diperoleh, malah 71 syarat yang dikenakan bagi kelulusan EIA itu juga bukan mudah untuk dipenuhi oleh kerajaan negeri,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam sidang akhbar semalam, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan projek tambakan laut selatan Pulau Pinang atau kini dikenali sebagai PSI telah memperoleh kelulusan EIA daripada JAS.

Sementara itu, Setiausaha Sahabat Alam Sekitar (SAM), S. Mageswari melahirkan rasa terkejut dengan keputusan JAS yang meluluskan EIA bagi projek PSI tersebut dan menggesa Ketua Pengarah JAS mengemukakan alasan secara telus bagaimana kelulusan tersebut diberikan.

“Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga perlu mendedahkan kepada umum 71 syarat yang telah dikenakan untuk kelulusan EIA projek berkenaan.

“Kami terkejut kerana projek ini telah diluluskan walaupun ter­­dapat kebimbangan dan banta­han daripada pelbagai pihak an­taranya PenMutiara, Persatuan Ne­layan Kawasan Selatan Pulau Pinang (PNKSPP) serta semua unit perkampungan nelayan,’’ katanya.

Menurut Mageswari, SAM adalah ahli Jawatankuasa Semakan Teknikal EIA (EIATRC) dan pihak­nya juga telah mengemukakan bantahan sebagai sokongan kepada komuniti nelayan serta kebimba­ngan terhadap alam sekitar.

“Pihak lain yang turut membantah dan berada di dalam EIATRC termasuk agensi berkaitan perikanan iaitu Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), dan Institut Penyelidikan Perikanan.

“Kesemuanya turut menyua­rakan kebimbangan yang mana penambakan ini akan menjejaskan sektor perikanan dan ke­selamatan makanan kerana tapak penambakan mempunyai biodiversiti marin yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, SAM berpandangan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat memburukkan lagi keadaan alam sekitar dan sosial dengan meneruskan projek penambakan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×