Penjenamaan semula MITI

Penjenamaan semula Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, mengekalkan akronim yang sama MITI.

Menurut MITI, penjenamaan semula itu seiring dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Kabinet 5 April lalu.

Jelasnya, penjenamaan itu bertepatan dengan fungsi Kementerian yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing, memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan
antarabangsa dan memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan.

“Keputusan ini juga adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi negara seperti yang digariskan di dalam wadah Kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, dengan penjenamaan itu MITI terus komited untuk menarik pelaburan baharu berkualiti dan berimpak tinggi, memperluaskan jaringan perdagangan antarabangsa serta memperkukuhkan sektor industri sedia ada sebagai
penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara bagi kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×