'Pesan dan hantar’ taktik baharu sindiket pelacuran

‘Pesan dan hantar’ taktik baharu sindiket pelacuran

ABD. JALIL HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sindiket pelacuran dikesan mengubah modus operandi dengan menawarkan khidmat seks atau aktivitI pelacuran secara ‘pesan dan hantar’ menerusi media sosial antaranya Twitter, Facebook dan Telegram.

Malah, sindiket itu berani mempromosikan perkhidmatan tersebut secara terang-terangan selain memuat naik video dan gambar sebagai teaser menarik pelanggan.

Lebih membimbangkan, ada media sosial atau laman ‘gelap’ ini boleh diakses individu dengan mudah tidak kira golongan remaja atau belia.

Jika ada pelanggan yang berminat, kesemua tempahan dibuat melalui dalam talian sebelum pelacur dihantar ke lokasi ditetapkan antaranya hotel atau kondominium.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, sindiket pelacuran kini mengubah taktik dengan menawarkan perkhidmatan seks melalui media sosial.

Katanya, polis giat memantau laman sesawang yang mengiklankan aktiviti seks sebelum tindakan lanjut diambil.

“Jika dahulu, pelanggan perlu ke rumah pelacuran untuk melanggan kini mereka mengubah taktik menggunakan media sosial kerana mudah dan boleh diakses tidak kira masa.

“Setelah mengenal pasti laman terbabit, kita memohon tindakan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat laman- laman sesawang serta iklan daripada diakses oleh mana-mana individu.

“Setakat ini, sebanyak 2,334 permohonan bagi menyekat iklan melibatkan aplikasi WeChat (1,100 permohonan), WhatsApp (978 permohonan), Michat (92 permohonan) dan Telegram (164 permohonan),” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Abd. Jalil, hasil siasatan dan serbuan mendapati aktiviti pelacuran yang menggunakan pengiklanan secara dalam talian menunjukkan peningkatan ketara tempoh dua tahun ini.

Malah, jelasnya, sebanyak 6,608 kes dicatatkan sejak 2021 hingga Februari lalu melibatkan tangkapan seramai 11,069 orang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu..

“Jumlah ini membabitkan 3,083 pelacur pada 2021, 5,963 orang (2022) dan 856 orang dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

“Wanita warga Thailand paling ramai ditahan iaitu 3,576 orang diikuti Vietnam (3,534 orang), Indonesia (1,409 orang) dan China (1,023 orang),” katanya.

Katanya, polis sentiasa memantau dan menjalankan operasi bagi membanteras kegiatan pelacuran di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×