UPM terima bayaran dividen RM235,000 daripada anak syarikat

UPM terima bayaran dividen RM235,000 daripada anak syarikat

AZRUL REZA AZIZ (kanan) menyerahkan bayaran dividen UPM Holdings kepada Dr. Mohd. Roslan Sulaiman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima dividen berjumlah RM235,000 untuk Tahun 2022 yang telah dibayar oleh anak syarikat miliknya, UPM Holdings Sdn. Bhd. (UPMH) yang ditubuhkan pada Mei 2004.

Ia menjadikan jumlah dividen terkumpul yang telah dibayar oleh anak syarikat UPM tersebut sejak ditubuhkan adalah sebanyak RM11.7 Juta.

Pembayaran dividen itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UPMH, Azrul Reza Aziz kepada Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr. Mohd. Roslam Sulaiman.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo dan Pengerusi UPM Holdings, Datuk Azman Mahmud.

Mohd. Roslan berkata, anak syarikat UPM itu mampu bersaing sebagai jentera untuk menambah sumber kewangan kepada universiti.

“Ianya merupakan satu kemajuan pada tahun 2022 setelah bergelut selama beberapa tahun, kini inisiatif perniagaan yang dilaksanakan mula memberikan pendapatan dan memberi keuntungan.

“UPM akan sokong segala bentuk pengurusan yang cekap dan berkesan daripada kumpulan pengurusan kanan UPM Holdings, ini boleh menambah sumber kewangan untuk Universiti,” katanya dalam kenyataan.

Azrul Reza pula turut menzahirkan rasa terima kasih kepada pengurusan UPM kerana terus menyokong pengurusan UPMH dan berharap prestasi anak syarikat akan terus meningkat sekaligus dapat membanggakan UPM.

“UPMH pada masa akan datang akan meneroka dan mengfokuskan dalam usaha ESG, penanaman semula hutan, pengkreditan karbon dan juga pembekalan anak pokok hutan yang mana UPM sememangnya mempunyai pakar yang terbaik di dalam negara bagi usaha tersebut.

“Inisiatif ini dapat menambah pendapatan sebanyak RM10 juta sehingga RM20 juta dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki UPM dalam bidang perhutanan.

“Bukan itu sahaja, usaha untuk meneroka perniagaan klinik veterinar yang menggunakan kepakaran hospital veterinar di UPM juga akan meningkatkan pendapatan pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×