Pentadbiran Melaka sudah jadi kartun - Pemuda PN

Pentadbiran Melaka sudah jadi kartun – Pemuda PN

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Pentadbiran negeri (Melaka) sudah jadi kartun.” 

Demikian sindiran Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Fadhli Shaari terhadap situasi politik yang berlaku di negeri Bandar Bersejarah itu. 

“Presiden kata Ketua Menteri letak jawatan kerana ada masalah kesihatan. Ketua Menteri kata, masalah kesihatan ada sedikit demam dan batuk. Exco pula kata, Ketua Menteri yang baru jadi ‘Ketua Menteri tebuk atap’. Pentadbiran negeri sudah jadi kartun,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Politik Melaka kembali menjadi tumpuan selepas ura-ura pertukaran Ketua Menteri susulan tular maklumat yang disebarkan melalui WhatsApp bahawa Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri yang baharu bakal berlangsung hari ini. 

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu hari ini. 

Ab. Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka sebelum ini dinamakan calon ketua menteri ke-13 menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang meletak jawatan atas alasan kesihatan. 

Perkara itu disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah mencadangkan pengganti ke tua menteri itu melalui sepucuk surat kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam. 

Beliau berkata, peletakan jawatan Sulaiman disebabkan alasan faktor kesihatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×