BNM: Kadar OPR bergantung kepada keadaan ekonomi

BNM: Kadar OPR bergantung kepada keadaan ekonomi

NOR SHAMSIAH MOHD. YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penetapan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah bergantung kepada keadaan ekonomi dalam dan global serta bagaimana ia memberi kesan kepada prospek pertumbuhan dan inflasi.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, bank pusat tidak mempunyai arah tuju (kadar OPR yang mahu dicapai) terutamanya dalam persekitaran ekonomi ketika ini.

“Jadi, kita perlu kekal tangkas dan menyesuaikan diri dengan sewajarnya. Kita harus  mengambil kira kedua-dua risiko dalaman dan luaran.

“Tahun ini, kami mengunjurkan ekonomi berkembang antara empat hingga lima peratus. Oleh itu, risiko adalah seimbang untuk situasi tersebut sekarang.

“Dari segi kadar faedah, adalah sukar untuk katakan berapa jumlahnya kerana ekonomi berubah dengan pantas,” katanya pada sidang akhbar  Laporan Tahunan 2022, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2022 dan Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2022 di Sasana Kijang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika tanya pada kadar berapakah OPR akan dinaikkan untuk kembali normal.

Sementara itu, beliau berkata, dasar kewangan negara kekal menyokong kepada pertumbuhan ekonomi dan mengimbangi risiko inflasi domestik.

Menurutnya, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terus memantau impak pelarasan OPR sebelum ini dalam ekonomi.

“Setakat ini, kesan pelarasan OPR yang lalu ke atas kewangan dalam keadaan telah terkawal dan tiada tanda-tanda pengetatan yang berlebihan dalam penggunaan dan pelaburan.

“Selain itu, terdapat tanda-tanda kesederhanaan dalam pengukuhan tekanan inflasi dalam keadaan yang semakin kembali normal, tetapi inflasi dijangka kekal tinggi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×