Menggigil ketakutan dalam bilik air ketika ribut

Menggigil ketakutan dalam bilik air ketika ribut

NURSAZRINA Zakaria mengemas kedai makannya yang rosak teruk setelah puting beliung menerbangkan bumbung dalam kejadian ribut di Kampung Kolam, Pokok Sena, Kedah. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Seorang warga emas terpaksa mencangkung dalam keadaan menggigil ketakutan lebih setengah jam di dalam bilik air ketika bumbung rumahnya diterbangkan angin kuat di Kampung Tualang, Bukit Besar, di sini, kelmarin.

Siti Hawa Othman, 73, berkata, ketika itu dia hanya mampu berdoa minta dijauhkan sebarang bahaya terutama selepas melihat sendiri keseluruhan bumbung rumahnya ‘lenyap’ dan bimbang kerangka peralatan itu menghempap dirinya.

“Dalam keadaan basah kuyup saya berdoa agar ada jiran datang membantu kerana sepanjang tinggal di rumah ini seorang diri setelah kematian suami, inilah kali pertama saya mengalami trauma yang teruk sepanjang hidup.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum kejadian saya sedang menunaikan solat Asar diikuti dengan membaca al-Quran. Tiba-tiba terdengar bunyi deruman kuat yang tidak pernah didengari sebelum ini lalu saya bingkas bangun menuju ke bahagian dapur untuk menutup pintu,” katanya ketika ditemui.

Kata Siti Hawa, beberapa saat kemudian deruman itu menghampiri rumahnya dan mengangkat atap zink bumbung menyebabkan dia ketakutan dan berlari ke dalam bilik air untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana selepas setengah jam kemudian mendengar jeritan jiran-jiran memanggil namanya sebelum dibawa keluar oleh mereka.

Dalam pada itu di Pokok Sena, rutin sekeluarga menyediakan juadah untuk berbuka pada Ramadan ini tersentak apabila terpaksa berdepan dengan insiden puting beliung di Kampung Kolam, Tualang di sini.

Menurut Nursazrina Zakaria, 50, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, dia dan anak-anaknya memasak di dapur sebelum terdengar bunyi angin yang menggerunkan seterusnya menerbangkan bumbung rumah mereka.

“Anak bongsu saya, Nurhusna Sofia, 12, masih trauma sebab dia yang nampak depan mata angin bergulung dan terbangkan bumbung. Selepas itu kami semua berlari ke dapur untuk berlindung,” katanya yang merupakan antara 29 keluarga terjejas di kawasan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×