Ku Li dicabar dua individu pertahan jawatan Ketua UMNO

Ku Li dicabar dua individu pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang merupakan penyadang Ketua UMNO Bahagian Gua Musang sah dicabar dua individu pada pemilihan diperingkat bahagian itu 18 Mac ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang Ab. Aziz Yusoff berkata, individu yang menawarkan diri itu ialah Shaari Lembut dan Che Izani Che Musa.

Menurutnya, perebutan tiga penjuru untuk jawatan tersebut memberi isyarat jelas sistem demokrasi dalam UMNO masih lagi subur.

“Pemilihan ini akan berlangsung di Balai Rakyat Bukit Cekati. Jadi saya berharap perwakilan yang terlibat dapat hadir lebih awal bagi melancarkan pergerakan itu nanti,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ab. Aziz memberitahu, beliau berharap para perwakilan dapat membuat keputusan yang tepat pada pemilihan itu nanti.

Katanya, keputusan tepat itu diperlukan bagi memastikan UMNO kekal kukuh dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai ini serta Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

Terdahulu pada Sabtu lalu, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Gua Musang yang baharu bagi penggal 2023-2026.

Sementara itu, Norfadzlete Aryani Mat Rosli pula diberi mandat oleh perwakilan apabila menang jawatan Ketua UMNO Bahagian pada pemilihan yang berlangsung Sabtu lalu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×