Andai Itu Takdirnya kupas realiti rumah tangga - Utusan Malaysia

Andai Itu Takdirnya kupas realiti rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENDAPAT inspirasi daripada kisah benar yang dialami seorang wanita yang menderita setiap hari akibat penderaan suami memberikan cetusan idea buat penulis novel terkenal, Siti Rosmizah Semail, menghasilkan karya Andai Itu Takdirnya.

Kongsinya yang berkhidmat sebagai peguam, kes tersebut juga menandakan permulaan kerjaya dirinya sebagai penulis novel.

Melalui penulisan, katanya, ia merupakan cara terbaik untuk dirinya berkongsi mesej dan pengajaran berguna kepada masyarakat.

“Sebenarnya novel yang saya tulis ini merupakan kisah benar iaitu daripada pengalaman kes anak guam saya.

“Namun penceritaannya ditukar sedikit sahaja mengikut kreativiti dan kesesuaian apabila dihasilkan dalam bentuk novel,” katanya.

Kisah realiti yang berlaku dalam masyarakat itu diadaptasi dalam drama Andai Itu Takdirnya yang disiarkan di saluran Astro Ria sejak 6 Mac lalu.

Siti Rosmizah juga yakin drama itu akan menambat hati peminat dan menjadi fenomena selepas diterbitkan menjadi drama bersiri.

“Novel ini sudah mempunyai ratusan ribu peminat hasil daripada jualan novel.Peminat novel ini begitu menghayati cerita ini sehingga sanggup membacanya berulang kali.

“Jadi apabila ia diterbitkan menjadi drama bersiri, saya yakin drama ini akan mencetuskan fenomena,” katanya.

PUPUK KESEDARAN
Selaku penerbit, Rosmizah berharap naskhah itu dapat membuka mata ramai orang tentang insiden keganasan rumah tangga, pengkhianatan dalam perhubungan serta perasaan hasad dengki.

“Bukan semua ditakdirkan bahagia tetapi bukan pula kita perlu mengalah dan menjadi lemah bila diduga.

“Paling penting saling menghormati dan menghargai satu sama lain. Kekayaan tidak menjadikan kita hebat sehingga perlu mendabik dada dan lupakan diri,” katanya.

Mengulas pembikinan drama 60 episod itu, katanya, dia amat berpuas hati kerana hampir 80 peratus adegan memenuhi kehendak dan jangkaannya menerusi novel.

“Saya dan pihak Astro sendiri ada juga turun ke set penggambaran untuk adegan-adegan yang penting dan mencabar.

“Kami sama-sama turun ke set penggambaran bermandi hujan ketika satu adegan yang penting. Komitmen dari semua pihak memang terbaik,” ujarnya.

Mengenai pilihan watak utama pula, katanya, dia memilih Shukri Yahaya sebagai teraju utama kerana yakin dengan bakat yang dimiliki pelakon itu.

“Pada saya, dia adalah seorang pelakon yang versatil dan komited dengan kerja. Paling penting Shukri kenal cara penulisan karya saya.

“Setiap kali diberi karya, dia akan fahamkan karya itu dengan mendalam dan membawa sepenuh jiwa. Shukri adalah pelakon yang dianugerah Allah dengan bakat yang hebat,” kongsinya.

Drama bersiri ini turut dibintangi oleh Hannah Delisha, Puteri Sarah Liyana dan Zulkifli Ism

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×