Sebutan semula kes bunuh pemandu e-hailing 8 Mei

Sebutan semula kes bunuh pemandu e-hailing 8 Mei

NURIMA Juli (dua dari kanan) semasa hadir di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan 8 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap seorang wanita yang didakwa membunuh pemandu e-hailing yang juga suaminya, Januari lalu.

Majistret Leona Dominic Mojiliu menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan kes yang baharu terhadap Nurima Juli, 33.

Tertuduh didakwa pada 30 Januari lalu bagi pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas antara pukul 7.30 petang hingga 10.30 malam pada 13 Januari lalu.

Pihak pendakwaan dibarisi oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat; Rohaiza Abdul Rahman dan Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim.

Permohonan tarikh baharu itu dibuat bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan semua dokumen dan menunggu laporan kimia serta laporan pakar sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Nurima didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu pada 8 Februari lalu, enam individu termasuk lima pegawai dan anggota polis didakwa atas pertuduhan yang sama iaitu membunuh Nurman pada tarikh dan lokasi yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×