Isu ‘kera’, ‘beruk’ di Dewan Rakyat selesai

Isu ‘kera’, ‘beruk’ di Dewan Rakyat selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu panggilan ‘beruk’ oleh Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kepada Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang berlaku pada sidang Dewan Rakyat 19 Disember  lalu selesai.

Memaklumkan perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, penyelesaian itu dibuat selepas Sany dan Awang bersemuka dan berdamai di pejabatnya semalam.

“Berkaitan isu dibangkit YB Pendang semalam, saya jumpa di kamar saya YB Pendang dan YB Hulu Langat dan ia diselesai dengan baik antara mereka berdua.

“Saya ucap terima kasih, ini contoh YB ada integriti dalam Dewan ini,” katanya di Parlimen.

Pada 19 Disember lalu, Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Sany yang didakwa mengeluarkan perkataan biadab semalam.

Ia tercetus apabila, Sany bangkit selepas kedengaran Awang berkata “Kami tidak jadi kera lah, Hulu Langat.”

Mohd. Sany yang tidak berpuas hati dengan kenyataan berkenaan bangun dan menggelarkan Awang sebagai ‘Pendang beruk’.

“Ehh hang Pendang (Awang Solahuddin) apa? Beruk?… Hang beruk, Pendang Beruk. Dia sebut dulu (kera). Hey, dia sebut dulu kera. Ini satu lagi perangai tak elok,” kata Sany pada sesi perbahasan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 19 Disember lalu.

Awang kemudian menjelaskan perkataan kera bukan dituju kepada Sany sebaliknya ia difahami salah oleh Sany dan meminta wakil rakyat PH itu menarik balik tuduhan ‘beruk’ dan memohon maaf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×