Dibu jumpa pakar psikologi selepas kalah kepada Arab Saudi

Dibu jumpa pakar psikologi selepas kalah kepada Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kejayaan Argentina menamatkan penantian 36 tahun untuk menjulang Piala Dunia bukan sahaja dipacu kehebatan Lionel Messi mengge­rakkan jentera sera­ngan, malah wira yang turut memainkan peranan besar memastikan gawang Albiceleste kebal adalah penjaga gol, Emiliano Martinez.

Kehebatan Martinez atau lebih dikenali sebagai Dibu mengharungi detik penentuan sepakan penalti dengan cemerlang apabila menyelamatkan tiga sepakan penting pada Piala Dunia 2022, salah satunya rembatan pemain Perancis, Aurelien Tchoumeni dalam final.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua lagi sepakan ketika menentang Belanda pada separuh akhir yang menyaksikan sepakan Virgil van Dijk dan Steven Berghuis berjaya ditepis.

Bagaimanapun tidak ramai tahu, sebelum bangkit dan memenangi Piala Dunia yang amat bermakna, Dibu amat terkesan dengan kekalahan mengejut pasukannya kepada Arab Saudi dalam aksi pembukaan.

Berita Argentika tumpas 1-2 kepada gergasi Asia itu menjadi bualan semua komuniti bola sepak hingga menganggu emosi Dibu.

“Saya meninggalkan perlawanan pertama dengan pe­rasaan saya sepatutnya melakukan sesuatu yang lebih untuk mengelak kekalahan kerana ada 45 juta warga Argentina di belakang saya.

“Saya tidak memberi secukupnya kepada pasukan,” kata Dibu.

DIBU (kiri) ketika zaman kanak-kanak.

Dibu mendedahkan, dia terpaksa berjumpa pakar psikologi untuk bangkit semula.

“Saya banyak bercakap mengenainya dengan pakar psikologi kerana sukar untuk menelan kekalahan itu,” katanya.

Kata Dibu, detik bola jatuh melepasinya gawangnya dua kali ketika menentang Arab Saudi terus berulang dalam fikiran.

“Akhirnya beban itu terlerai selepas kami menewaskan Mexico (perlawanan kedua) dan bermain dengan lebih ­yakin pada aksi-aksi berikutnya,” kata Martinez.

Memulakan ­karier bersama kelab remaja Independiente pada 2008, Dibu kemudian terbang ke London untuk menyertai skuad remaja Arsenal.

Dia hampir melupakan bola sepak untuk memasuki Institut Inovasi dan Teknologi di Buenos Aires untuk melanjutkan pelajaran tetapi, namun minat terhadap sukan itu yang mengatasi segala-galanya membuatkan dia terus melangkah ke London.

Selama hampir sedekad di England, Martinez tidak banyak membuat penampilan bersama Gunners, sehinggalah dipinjamkan ke beberapa kelab di divisyen bawahan, antaranya Oxford United, Sheffield Wednesday, Rotherdam United dan pada 2017, dia berkelana seketika ke Getafe.

Peluang Martinez akhirnya tiba pada 2020 setelah penjaga gol utama Arsenal ketika itu, Bernd Leno mengalami kece­deraan ketika bertemu Brighton yang menyaksikan Dibu dimasukkan sebagai pemain simpanan.

Sejak itu, dia memastikan posisi penjaga gol Arsenal kekal menjadi miliknya sehingga membantu kelab memena­ngi Piala FA pada tahun yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN