5 hiasan dinding gaya estetik - Utusan Malaysia

5 hiasan dinding gaya estetik

Cermin besar dengan warna kayu dan gelap sesuai dijadikan elemen hiasan pada dinding.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gaya estetik antara yang menjadi kegilaan peminat dekorasi kediaman ketika ini.
Gaya berkenaan yang banyak menggunakan perabot serta warna-warna tanah bukan sahaja tampak lebih semula jadi, malah ia juga membangkitkan suasana lebih tenang.
Terdapat beberapa perincian yang perlu dipertimbangkan dałam mencipta susana estetik dalam kediaman terutamanya dibahagian ruang tamu yang juga merupakan jantung sesebuah rumah.

1. Lukisan abstrak
Lukisan abstrak adalah yang paling sesuai dijadikan sebagai hiasan dinding dalam mencipta suasana estetik. Keunikan pada lukisan berkenaan yang berbentuk strok garisan dan percikan warna memberikan sentuhan unik dan kesenian tersendiri. Lebih menarik, ia juga boleh dilakukan sender dengan menggunakan teknik tuang arkilik di atas kanvas. Pemilihan warna-warna tanah antara yang paling sesuai dijadikan hiasan dinding.

2. Juraian makrame
Juraian atau ikatan simpul makrame juga boleh dipertimbangkan sebagai hiasan dinding. Makrame berwarna cerah dan seakan krim, sangat sesuai dipadankan dengan dinding daripada tona warna senada.

3. Perabot rotan
Perabot seperti meja, almari dan kerusi yang diperbuat daripada rotan antara yang menjadi pilihan ketika ini. Keunikan rotan dengan warna kayu semula jadi mampu mencipta suasana tradisional tetapi masih mengekalkan gaya minimalis.

4. Cermin
Cermin sememangnya merupakan elemen penting dalam dekorasi kediaman bagi mewujudkan ilusi ruang yang lebih besar. Ketika ini juga banyak pilihan cermin hiasan yang berasaskan kayu boleh dipilih bagi melengpkapkan gaya estetik pada kediaman. Cermin bulat bersaiz besar misalnya boleh dilekatkan pada ruangan makan sebagai dekorasi tambahan.

5. Bunga kering
Bunga kering yang diletakkan dalam kerangka juga boleh dilekatkan pada dinding untuk membangkitkan suasana. Boleh juga dilekatkan tanpa kerangka mengikut kegemaran pemilik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×