Elak bahan kimia dalam kosmetik semasa hamil - Utusan Malaysia

Elak bahan kimia dalam kosmetik semasa hamil

Marlinda Rafikah Mohamad Rozi menampilkan Glassskin by Lyndarafikah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ibu hamil perlu lebih berhati-hati dan tidak keterlaluan dalam memilih produk penjagaan wajah dan badan.Produk asas penjagaan kulit seperti penyegar, pelembab dan pelindung ultra unggu (UV) sudah memadai, tanpa perlu menggunakan produk seperti pemutih.

Ini berikutan produk pemutih kulit biasanya mengandungi bahan kimia tinggi seperti agen pemutih, hidroquinone dan merkuri yang bukan saja boleh memberikan kesan kepada kulit ibu tetapi bayi dalam kandungan.

Pengalaman berdepan masalah kulit gelap ketika hamil anak keempat, mendorong Datin Marlinda Rafikah Mohamad Rozi menghasilkan produk penjagaan kulit yang selamat, menggunakan bahan semulajadi – Glassskin by Lyndarafikah.

Produk yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun itu turut diuji sendiri oleh Marlinda sewaktu hamil.

“Saya mengalami muka dan leher yang gelap selain jerawat dan keadaan ini membuatkan saya tidak selesa dan ingin menghasilkan produk sendiri.

“Produk ini lebih selamat dan kebanyakan bahan digunakan semulajadi. Hampas beras yang digunakan, bertujuan sebagai pembersih wajah seperti yang sering digunakan oleh wanita dulu-dulu. Selain itu, kami juga menggunakan yis yang import daripada Jepun dan madu dari Korea untuk menjadikan kulit lebih tegang,” katanya kepada Seri.

Produk berkenaan adalah hasil kajian bersama suaminya, Datuk Abdul Rahman Sultan yang juga seorang jurutera kimia, berpengalaman lebih 40 tahun menghasilkan kosmetik menerusi kilang milik keluarganya.

Antara bahan lain digunakan di dalam produk berkenaan ialah ubi keladi, chamomile dan gotu kola.

Ada dalam rangkaian produk bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini ialah pelembap muka, pencuci muka, serum, penyegar dan krim pelindung matahari.

“Berbekalkan pengalaman selama 40 tahun dan ditambah pula dengan bahan berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk ini, saya yakin ramai yang akan berpuas hati kerana produk kami kerana ia setara dengan produk antarabangsa yang ada di pasaran sekarang,” katanya.

Hindari bahan ini ketika hamil:

RETIN-A, RETINONL & RETINIL PAMITATE
Derivatif vitamin A ini dan lain-lain boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Walaupun vitamin A penting untuk perkembangan bayi, lebih baik elakkan derivatif vitamin A ini kerana boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan.

TAZORAC & ACCUTANE
Kedua-dua ini merupakan derivatif vitamin A tetapi hanya dalam ubat preskripsi. Ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan harus dielakkan semasa hamil.

BENZOYL PEROXIDE & ASID SALICYLIC
Berhati-hati memilih krim jerawat kerana biasanya ia mengandungi gabungan Benzoyl peroksida dan asid salisilik yang tidak baik untuk kesihatan.

MINYAK PATI
Minyak pati sering dianggap sebagai alternatif semula jadi untuk produk kecantikan. Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis dan kepekatan, jadi sukar untuk membuat kenyataan umum sama ada anda patut atau tidak menggunakannya semasa hamil.
Terdapat beberapa kaitan minyak pati dengan masalah kesihatan utama jika digunakan semasa hamil. Justeru, dapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum menggunakan sebarang minyak pati semasa hamil. Pastikan anda mengehadkan pendedahan kepada jumlah yang selamat.

ALUMINIUM KLORIDA
Aluminium klorida adalah bahan biasa dalam deodoran dan antipeluh. Ia biasanya dianggap selamat untuk digunakan dalam kepekatan yang lebih rendah tetapi anda harus mengelakkan produk yang menggunakannya dalam kepekatan tinggi.

FORMALDEHID
Bahan ini banyak digunakan dalam pengilat kuku dan produk rambut tertentu. Ibu hamil perlu mengelak daripada menggunakan sebarang produk mengandungi formaldehid kerana ia dikaitkan dengan masalah kesuburan dan keguguran.

PELINDUNG MATAHARI KIMIA
Bahan dalam pelindung matahari boleh menyebabkan gangguan hormon seperti oxybenzone atau avobenzone. Ia juga boleh mengganggu perkembangan sistem saraf bayi. Jika anda perlu melindungi diri anda daripada matahari, gunakan pelindung matahari fizikal atau semulajadi dan bukannya pelindung matahari kimia.

TETRACYCLINE
Antibiotik biasa digunakan untuk merawat pelbagai keadaan kulit. Tetracycline dan derivatifnya (doxycyline dan minocycline) harus dielakkan. Kajian menunjukkan ia boleh memberi kesan negatif kepada ibu hamil dan bayi mereka.

DIHYDROXYACETONE
Bahan kimia ini bertindak balas dengan lapisan kulit mati pada badan anda dan dilihat sebagai alternatif yang lebih selamat. Walaupun ia tidak diserap ke dalam badan, ia boleh dihidu semasa digunakan dan tidak sihat untuk anda dan bayi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×