[BAJET 2023] Ekonomi Malaysia 2023 dijangka berkembang sederhana -

[BAJET 2023] Ekonomi Malaysia 2023 dijangka berkembang sederhana

kdnk
PERTUMBUAHAN itu disokong pelbagai aktiviti berkaitan pelancongan sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026-2027 (VM2026-2027), pengukuhan aliran perdagangan dan peningkatan kadar penerimagunaan digital.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sederhana antara empat hingga lima peratus pada 2023 berbanding 6.5 peratus hingga tujuh peratus pada tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen.

Menurut beliau, sektor perkhidmatan dijangka menjadi penyumbang utama pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 dengan perkembangan lima peratus pada tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya lagi, sektor pembinaan pula berkembang 4.7 peratus  pada 2023, (pembuatan 3.9 peratus), pertanian (2.3 peratus) dan perlombongan 1.1 peratus. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini