Affin Bank lancar Pusat Kewangan Bergerak

Affin Bank lancar Pusat Kewangan Bergerak

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (tiga, kiri) dan Wan Razky Wan Abdullah (tiga, kanan) memotong riben pelancaran Pusat Kewangan Bergerak Affin Bank di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Affin Bank Berhad (Affin Bank) memperkasa komitmen terhadap rangkuman kewangan menerusi pelancaran Pusat Kewangan Bergarak (PKB).

Pelancaran pusat itu telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bulan lalu.

Menurut Affin, sejak 1 Ogos lalu, Affin PKB telah menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat di Selangor termasuk mereka yang tinggal di kawasan Pantai Morid, Perumahan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jugra, Masjid Jamek Kampung Pasir Baru, Perastuan Kebajikan Ulu Yam Bahru dan Taman Jugra Indah.

“Menerusi Affin PKB itu, pelanggan Affin Bank di kawasan yang kurang diberi tumpuan sebelum ini dapat merasai pengalaman perbankan bergerak yang menawarkan perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), pembukaan akaun bank, permohomam pinjaman dan kad kredit,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas perkembangan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Wan Abdullah berkata, Affin PKB merupakan manifestasi komitmen berterusan Kumpulan untuk membantu kerajaan meningkatkan rangkuman kewangan di seluruh negara, dengan membawakan perkhidmatan kewangan secara terus kepada pelanggan, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan yang kurang diberi tumpuan.

“Kami mensasarkan seramai lebih daripada 100,000 penduduk di Selangor yang tinggal di kawasan pendalaman bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan Affin PKB, sekali gus menjadikan urusan perbankan lebih mudah diakses dan senang bagi rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” jelasnya.

Tambah beliau, inisiatif terbaharu itu akan melengkapkan lagi rangkaian cawangan bank Kumpulan di seluruh negara dan membolehkan Affin Bank untuk terus menyediakan perkhidmatan pelanggan yang tidak dapat disaingi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×