Gardenia masuki pasaran mi segera

Gardenia masuki pasaran mi segera

GARDENIA menawarkan tiga perisa Nu Mee mi segera sebagai pilihan baharu kepada pengguna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. telah memasuki pasaran kategori mi segera dengan pelancaran NuMee Mi Segera.

Menurut Gardenia, rangkaian mi segera ini dikeluarkan dalam tiga perisa klasik kegemaran ramai iaitu Kari, Ayam, dan mi Goreng Perisa Asli.

Syarikat gergasi pengeluar roti itu telah menjadi peneraju bagi pelbagai produk roti sejak lebih tiga dekad lalu, dengan menawarkan lebih 50 jenis produk berkualiti.

“Pada 2019, Gardenia mengambil langkah berani menceburi segmen pengeluaran mi dengan melancarkan mi kuning NuMee. Kategori produk baharu itu membuka peluang kepada Gardenia untuk mengembangkan pengeluaran NuMee ke dalam pasaran mi segera.

“Rangkaian Gardenia NuMee Mi Segera bertujuan memberi pilihan baharu kepada rakyat Malaysia agar dapat memenuhi keinginan mereka menikmati mi segera,” katanya dalam kenyataan.

Gardenia berkata, NuMee akan diedarkan secara meluas dan boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia pada harga RM4.80 Kari 5 x 76g, RM4.80 Ayam 5 x 75g dan RM5.00 Goreng Asli 5 x 82g.

Sepanjang tempoh promosi, orang ramai boleh mendapatkan Mardenia NuMee pada harga RM3.99 untuk semua perisa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×