Mahkamah Rayuan tolak rayuan sivil Sreesanthan

Mahkamah Rayuan kekal perintah Sreesanthan bayar RM1.99 juta kepada SC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada November 2020 yang mendapati Datuk Sreesanthan Eliathamby telah terlibat dalam perdagangan orang dalam saham Worldwide Holdings Berhad (Worldwide) pada 2006.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam kenyataan memberitahu, Sreesanthan memperoleh sejumlah 600,000 saham Worldwide antara 7 Jun dan 11 Julai 2006 ketika memiliki maklumat material bukan awam yang berkaitan dengan cadangan penswastaan Worldwide oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Pada masa tersebut jelasnya, Sreesanthan merupakan rakan kongsi kanan sebuah firma guaman yang ditugaskan untuk bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi cadangan penswastaan Worldwide.

“Dalam menolak rayuan Sreesanthan, Mahkamah Rayuan sebulat suara mendapati tiada merit dalam rayuan itu dan mengesahkan penghakiman Mahkamah Tinggi serta memerintahkan Sreesanthan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada SC.

“Penghakiman Mahkamah Tinggi memerintahkan Sreesanthan membayar RM1.99 juta kepada SC, iaitu tiga kali ganda keuntungan yang diperoleh hasil daripada dagangan orang dalam,” katanya.

Menurut SC, selain itu, Sreesanthan juga diperintah membayar penalti sivil sebanyak RM1 juta kepada SC dan dihalang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat tersenarai selama 10 tahun bermula 18 November 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×