Laman Warisan Kampung Laut 'lubuk' ekonomi pelancongan

Laman Warisan Kampung Laut ‘lubuk’ ekonomi pelancongan Kelantan

MUSTAPA Mohamed (kiri) semasa mengadakan lawatan ke Laman Warisan Kampung Laut, Tumpat, Kelantan, semalam. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT : Laman Warisan Kampung Laut di sini bernilai lebih RM47 juta bakal menjadi ‘lubuk’ kepada perkembangan ekonomi dalam sektor pelancongan di negeri ini pada masa hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, projek di bawah Majlis Pembangunan Ekonomi wilayah Pantai Timur (ECERDC) telah berjaya menarik pelancong tempatan termasuk asing untuk mengunjungi kawasan berkenaan sekaligus mampu menjalan pulangan pelaburan berjumlah RM40 juta melalui aktiviti pelancongan.

Menurutnya,projek tersebut yang terbahagi kepada dua komponen iaitu Laman Serunding siap sepenuhnya pada Mac 2021 sementara Laman Seni Mac tahun ini.

“Laman Seni Warisan menempatkan masjid Kampung Laut berusia 400 tahun yang terkenal dengan seni bina tanpa menggunakan paku. Di sini (Laman Seni Warisan) kita menempatkan lima unit kedai, lima unit bengkel kraftangan dan dua unit kedai makan.

“Laman Seni Serunding pula menempatkan 11 premis perniagaan berasaskan Serunding dan Dodol yang dijual oleh penduduk dan pengusaha asal serunding kampung Laut,” katanya selepas meninjau Laman Warisan Kampung Laut, semalam.

Mustapa memberitahu, pada masa sama projek tersebut turut membuka peluang pekerjaan kepada lebih 100 orang penduduk setempat.

Katanya, kerajaan berharap penduduk setempat dapat memanfaatkan peluang terbaik itu untuk menjana pendapatan menerusi aktiviti pelancongan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×