Petronas meterai MoU dengan syarikat Argentina

Petronas meterai MoU dengan syarikat Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF membabitkan kerjasama dala projek gas asli cecair (LNG) bersepadu dan bahagian lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

MoU tersebut dimeterai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dan Pengerusi dan Presiden YPF, Pablo Gonzalez di Buenos Aires.

Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas fokus dalam mengembang dan mempelbagaikan peluang bersepadu Kumpulan untuk menguasai pasaran utama.

Katanya, kerjasama tersebut menandakan aspirasi berterusan untuk mencapai pertumbuhan perniagaan yang dikongsi dalam menyediakan penyelesaian tenaga yang mampan dan lebih bersih.

“Kepakaran Petronas dalam LNG bersepadu dan pemain bukan konvensional akan menambah nilai kepada sasaran dan sinergi kedua-dua pihak dalam meneroka lebih lanjut peluang dan potensi LNG di Argentina.

“Kerjasama ini akan memanfaatkan sumber gas luar biasa di Vaca Muerta yang luas,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai tambahan kepada MoU tersebut, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A. melaksanakan Perjanjian Kajian dan Pembangunan Bersama (JSDA) ke arah kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu di negara berkenaan.

Perjanjian tersebut merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG, pemasaran dan perkapalan.

Keputusan Pelaburan Akhir untuk projek-projek akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Kerjasama strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhan syarikat minyak negara itu di benua Amerika. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×