Gramps Asia fokus produk baharu, sumbang hasil positif

Gramps Asia fokus produk baharu, sumbang hasil positif

MOHAMAD (kanan) bersama Adi putra dalam majlis pelancaran Amrani, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan keperluan rumah berjenama Gramps Asia kini memberi fokus kepada rangkaian produk baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Uniq Manufacturing Sdn. Bhd. (Uniq Manufacturing), Mohamad Reza Fikry Nor Rezan berkata, pihaknya yakin mampu mencapai jualan positif dengan  produk baharu berasaskan campuran minyak  pati, berdasarkan permintaan dan pertumbuhan sektor ekonomi pada masa kini.

Justeru katanya, pihak syarikat  telah merangka beberapa strategi termasuk kerjasama dengan  aktor terkenal Datuk Mohamed Hadi Putera atau Adi Putra bagi mengetengahkan produk berkenaan dikenali Amrani itu.

“Pada fasa awal ini, sebanyak 1,500 produk Amrani tersedia di pasaran dan sehingga kini lebih daripada separuh produk berkenaan telah ditempah pelanggan khususnya secara dalam talian.

“Kami telah menjalankan kajian dan pembangunan selama setahun setengah untuk menghasilkan produk Amrani dan ia adalah antara rangkaian campuran minyak pati berkualiti tinggi hasil inovasi menggunakan bahan semula jadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mohamad Reza berkata, syarikatnya juga bakal melancarkan tiga lagi produk baharu di bawah cabang perniagaan baharu tersebut untuk perancangan masa hadapan.

Amrani ditawarkan dalam tiga jenis campuran iaitu Prince Hadi, Zara Adelia dan lull Vendi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×