25 pelajar cemerlang terima biasiswa PNB

25 pelajar cemerlang terima biasiswa PNB

AHMAD Zulqarnain Onn (tengah) bersama pelajar cemerlang SPM 2021 yang menerima tawaran biasiswa luar negara Permodalan Nasional Berhad di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) baru-baru ini menyampaikan anugerah biasiswa luar negara kepada 25 penerima yang berjaya.

Anugerah biasiswa itu memberi peluang kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, penerima Biasiswa Luar Negara PNB yang berjaya tahun ini mewakili kelompok pelajar paling berjaya di Malaysia.

“Kami teruja dengan potensi penerima biasiswa kami ketika mereka memulakan fasa seterusnya yang paling penting, dalam perjalanan akademik mereka.

“Penerima Biasiswa Luar Negara PNB akan menjadi pemimpin masa depan PNB. Program biasiswa kami memainkan peranan yang penting ke arah menyumbang kepada pembangunan modal insan dan bakat dalam PNB,” katanya berucap di majlis penyampaian surat tawaran biasiswa itu.

Sehingga kini, PNB telah menganugerahkan biasiswa kepada lebih 450 anak muda Malaysia yang layak sejak pelancaran Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB pada 1996.

Kesemua 25 penerima Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB, akan menjalani program A-Level selama dua tahun di Kolej Yayasan UEM (KYUEM).

Setelah berjaya menamatkan A-Level, mereka boleh memilih untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang seperti perakaunan, kewangan, undang-undang, matematik, sains aktuari, sains komputer dan kejuruteraan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×