Merchantrade, Bank Jatim jalin kerjasama

Merchantrade, Bank Jatim tingkat akses perkhidmatan kiriman wang

MAJLIS perasmian kerjasama antarabangsa pertama Bank Jatim bersama Merchantrade disaksikan oleh Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa (enam dari kanan) di Surabaya, Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Merchantrade Asia Sdn. Bhd. (Merchantrade) mengumumkan kerjasama dengan PT Bank Pembangunan Daerah Jawa Timur Tbk, Bank Jatim, dalam usaha meningkatkan akses perkhidmatan kiriman wang ke Indonesia.

Kerjasama antarabangsa pertama Bank Jatim bersama Merchantrade bertujuan membolehkan pelanggan di Malaysia menikmati kemudahan kiriman wang lebih mudah dan selamat.

Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran berkata, jalinan kerjasama dengan Bank Jatim merupakan satu penghormatan, menandakan komitmen syarikat untuk memacu rangkuman kewangan dengan memudahkan pengiriman rentas sempadan terutama bagi pekerja dari Jawa Timur yang bekerja di Malaysia.

“Melalui perkongsian itu, Bank Jatim dapat memanfaatkan infrastruktur kami yang luas, termasuk rangkaian cawangan di seluruh Malaysia serta menyediakan kemudahan akses kepada pekerja Indonesia yang ingin memindahkan wang ke luar negara menggunakan perkhidmatan JConnect Remittance,” katanya dalam kenyataan.

Pengarah Komersial dan  Korporat Bank Jatim, Edi Masrianto pula berkata, kerjasama itu boleh memberi impak besar dalam memacu pembangunan yang kukuh.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan rakan kongsi yang mempunyai matlamat sama untuk memberi impak sosial secara meluas.

“Bersama Merchantrade, kami berhasrat untuk menjadikan kiriman wang lebih mudah dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

“Kami bersyukur menjadi sebahagian daripada perjalanan perluasan antarabangsa Merchantrade, malahan tidak sabar untuk melihat perkongsian ini berkembang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×