UNIMAS rancakkan pelan kampus digital - Utusan Malaysia

UNIMAS rancakkan pelan kampus digital

Liputan Wi-fi dalam Unimas pada tahap 87.11 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Malaysia Sarawak (UMS) mengorak langkah proaktif untuk menyediakan liputan Wi-Fi secara menyeluruh di dalam kampus selaras dengan keperluan untuk meningkatkan kapasiti internet yang optimum kepada pelajar serta meningkatkan keupayaan organisasi.

Langkah itu juga merupakan usaha organisasi berkenaan bagi mencapai hasrat ke arah sebuah kampus pintar dengan terus menaik taraf kemudahan ICT.

Sehingga kini, liputan Wi-fi dalam Unimas adalah pada tahap 87.11 peratus iaitu bersamaan dengan 1581 unit capaian wireless access point yang disediakan di seluruh kawasan kampus.

Timbalan Naib Canselor Unimas (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim berkata, hasrat Unimas menuju ke arah kampus digital adalah berpandukan kepada Pelan Strategik ICT Unimas 2021-2025.

“Sehingga kini, Unimas menyediakan liputan Wi-fi melebihi 80 peratus dari keseluruhan kawasan kampus.

“UNIMAS berhasrat mencapai 100 peratus liputan Wi-fi di seluruh kampus melalui penambahan wireless access point yang akan dipasang di kawasan-kawasan strategik yang telah dikenal pasti,” katanya.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan terlindung yang belum mendapat perkhidmatan Wi-fi secara menyeluruh.

Oleh itu, 234 unit capaian wireless access point akan dipasang di kawasan-kawasan yang terlindung bagi memastikan setiap pelajar di kampus dapat menikmati capaian Internet yang pantas bagi tujuan pembelajaran, kemudahan carian maklumat, menyiapkan tugasan selain kemudahan berinteraksi dengan pensyarah.

Penambahbaikan infrastruktur ICT yang mantap, selamat dan lestari itu juga merupakan alternatif UNIMAS terhadap keluhan pelajar mengenai gangguan Wi-fi di kampus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×