UMNO ‘cedera’, Pas sedia bantu

UMNO ‘cedera’, Pas sedia bantu

Kerajaan dijangka menerima lima LCS pada 2029
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas sedia memberi ‘bantuan’ kepada UMNO yang kini dilihat ‘cedera’ bagi memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, ‘kecederaan’ UMNO itu adalah berikutan serangan bertubi-tubi Pakatan Harapan (PH) dalam isu kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang gagal disiapkan meskipun RM6 bilion telah di­salurkan.

Menurut beliau, dengan keadaan itu, UMNO sukar untuk menang jika bergerak solo seper­ti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agungnya pada Mac lalu, sekali gus perbinca­ngan segera perlu diadakan bersama Pas mengenai strategi bagi menewaskan PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

NAJIB

“Saya yakin UMNO kini sedang cedera, mereka tidak boleh handle LCS. Ada seorang sahaja yang boleh handle, namanya Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mudah rakyat terima kerana pengaruhnya.

“Masalahnya sekarang, Najib sangkut 10 hari dengan kes dia, Najib tidak akan sempat cover kes LCS sebab dia nak kena co­ver kes dia dulu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Khairil berkata, jika UMNO masih dengan prinsipnya untuk kekal bertanding solo, parti itu di­lihat menempah kekalahan yang le­bih teruk pada PRU kali ini.

“UMNO perlu bekerjasama dengan kita jika ingin menang PRU15 nanti. Kami mengalu-alukan tetapi kalau UMNO nak buat perangai, buatlah,” katanya.

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) dilaporkan kekal dengan keputusan untuk bergerak solo bagi menghadapi PRU15.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti gabungan itu akan berusaha keras untuk memenangi seberapa banyak kerusi di Parlimen untuk membentuk kerajaan sendiri pada PRU nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini