MENGHADIRI majlis makan malam atau dinner party bukanlah suatu hal yang mudah bagi wanita.
Lebih-lebih lagi untuk memastikan gaya mengikut tema atau kod pakaian yang telah disediakan. Ia adalah suatu cabaran besar kerana memerlukan tampil dengan penampilan dan gaya baharu. Pastilah no idea what to wear.
Namun perlu bijak memilih kerana tidak semua dress padan atau tampak cantik di badan. Sebelum menggayakannya, pastikan ia sesuai dengan bentuk badan, personaliti dan warna kulit untuk tidak kelihatan pelik.
Perlu diingat, dress untuk majlis makan malam biasanya agak mahal. Jadi pastikan pilihan mengikut bajet atau cuba tips mix and match mahupun sewa sahaja di butik-butik pakaian untuk elak dress hanya dipakai sekali dan tersimpan dalam almari sahaja. Jika begitu, ia dikira pembaziran.
Jom, intai gaun dan dress minimal sesuai untuk majlis makan malam.
GAUN HITAM PUTIH
Warna hitam dan putih tidak pernah mengecewakan dan sering menjadi pilihan. Selain gaun berwarna hitam atau putih, skirt labuh velvet hitam dengan padanan buckle thick belt kristal daripada Khoon Hooi untuk lebih glamor dan elegan. Skirt yang direka dengan teknik wrap menyerlahkan bentuk badan yang lebih langsing dan sempurna ketika melangkah. Penampilan ini sesuai untuk majlis makan malam rasmi atau janji temu.
GAUN SATIN
Warna merah jambu untuk dress atau gaun satin bagi yang ingin tampil berbeza. Lebih manis dan cantik. Dress satin bukan hanya sesuai untuk majlis makan malam tetapi semua majlis. Lebih mudah dan ringkas untuk digayakan. Untuk lebih glamor, pilihan lengan panjang puffy beri look anggun dan menawan.
GAUN ONE SHOULDER
Tampil dengan One Shoulder Dress ternyata memberikan look yang lebih fashionable dan stylish. Sesuai untuk mereka yang berani berfesyen. Gaun One Shoulder dengan lengan puffy pula lebih dramatik. Ia membuatkan pasangan terpesona dan makan malam yang penuh romantis.
SILK DRESS
Bergaya dengan silk dress sering menjadi pilihan untuk ke majlis makan malam. Selain potongannya menampakkan badan kurus dan lebih slim, gaun dengan kain licin dan berkilat tampak mewah dan pasti memukau pandangan ramai kerana gaya ini sungguh mempesonakan.
BRIDESMAID DRESS
Siapa kata baju bridesmaid disimpan untuk kenangan sahaja? Sebaliknya ia boleh dipakai untuk majlis makan malam. Tanpa perlu tambah banyak aksesori, sudah cukup kelihatan elegan dan menarik. Untuk lebih sempurna, padankan dengan subang dan clutch kecil atau batuan mewah untuk beri gaya memukau.
GAUN KEMBANG
Majlis makan malam adalah pilihan untuk tampil mewah ala bangsawan. Gaun kembang kelihatan lebih glamor dengan pemilihan warna yang lebih pekat atau gelap seperti dark grey, maroon atau hijau emerald. Sesuai untuk badan kurus atau gempal tampil sempurna bergaya dengan gaun atau dress kembang.
SLIP DRESS
Gaun tanpa lengan memiliki potongan tali nipis lebih feminim dan menawan. Warna natural seperti beige atau coklat lebih kelihatan gorgeous. Penampilan ini sesuai untuk majlis yang lebih santai yang dihadiri teman rapat di tepi pantai atau rooftop party.










