Lapan jam diambil dekorasi kek - Utusan Malaysia

Lapan jam diambil dekorasi kek

Lapan jam diperlukan untuk menghasilkan dekorasi kek.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEK red velvet sarat hiasan kuntuman bunga memukau pandangan. Memakan masa lapan jam disiap­kan, sedap rasanya sepadan cantik rupanya. Sekiranya anda ingin berkongsi resipi, sila emelkan ke ga­[email protected]. Terima kasih Noor Azlina Abd. Khalip.

BAHAN A
170 gram (g) mentega
150 g gula kastor
3 biji telur

BAHAN B (kering) – ayak bersama
250 g tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil baking soda
½ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil garam halus

BAHAN C campur dan sebatikan serta biarkan 10 minit
1 cawan buttermilk – kalau tiada, gantikan dengan ¾ cawan susu segar dan 1 sudu besar cuka
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar pewarna merah

Cara penyediaan:
1. Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga gebu.
3. Masukkan bahan B (kering) diselang-seli dengan Bahan C (cecair). Masukkan sedikit demi sedikit, bahagikan kepada tiga bahagian. Mulakan dengan bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering juga.
4. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celsius. (ikut kepanasan oven masing-masing).
5. Masukkan adunan ke dalam acuan 7 inci dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak.

FROSTING CREAM
BAHAN :
300 g cream cheese
150 g mentega
150 g gula aising
1 sudu kecil perahan lemon

Cara penyediaan:
1. Pukul cream cheese menggunakan kelajuan sederhana bersama mentega hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembang (jangan terlalu lama).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×