Honor 70 tawar kamera penderiaan - Utusan Malaysia

Honor 70 tawar kamera penderiaan

Contoh potret diambil dalam keadaan pencahayaan kurang namun masih menunjukkan imej yang jelas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jenama telefon pintar, Honor bakal melancarkan satu lagi model flagshipnya, Honor 70 yang dilengkapi Kamera Utama Penderiaan Super IMX800.

Teknologi itu mengetengahkan kamera makro dan ultra lebar dua kali ganda 50 MegaPixel (MP) serta sensor kedalaman 2MP.

Tidak hanya itu, peranti berkenaan, turut memiliki sensor 1/1.49 dan aperture sebesar f/1.9 yang menjadi antara ciri-ciri istimewa ditampilkan, sekaligus membawa fotografi ke satu tahap baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika hendak dibandingkan dengan IMX766 yang sudahpun digunakan oleh telefon pintar lain, IMX800 dilihat mempunyai fungsi lebih canggih terutama dari segi kejelasan dan kualiti gambar selain mampu memotret dengan lebih baik dalam keadaaan kurang pencahayaan.

Teknologi sensor itu juga membolehkan gambar yang diambil dalam pencahayaan yang kurang menjadi lebih jelas dengan noise yang semakin berkurang untuk hasil gambar memuaskan.

Hasil turut menunjukkan gambar diambil bukan sahaja jelas, malah latar belakang juga jelas kelihatan tanpa cahaya berlebihan, namun masih mengekalkan butiran terperinci keseluruhan suasana.

Kamera utama HONOR 70 turut menampilkan 50MP dengan lensa ultra lebar 122 darjah dan menyokong tangkapan makro 2.5cm pada masa serentak.

Bagi fungsi makro, HONOR 70 secara pintar akan bertukar apabila kamera terlalu dekat dengan subjek, menjadikan tangkapannya lebih jelas walaupun pada jarak dekat.

Peranti yang dinaiktaraf fungsi fotografi itu bakal menemui pengguna tidak lama sahaja lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini