Pati burger buatan sendiri ringkas, sedap - Utusan Malaysia

Pati burger buatan sendiri ringkas, sedap

Farah Aiza Ahmad kongsi pembuatan pati burger.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selalunya nak makan burger kita akan beli pati siap dan di goreng di rumah atau beli terus burger siap. Bagaimanapun, burger segera selalunya nipis dan kering kerana kurang jus di dalamnya akibat lama dibekukan.

Kalau mahukan burger lebih enak, lebih baik buat pati burger sendiri saja di rumah. Selain itu, anda boleh buat burger mengikut saiz yang anda mahu dan pada masa sama kesegarannya masih terpelihara.

Susah dan remeh? Sebenarnya buat pati burger ini senang saja dan tidak memerlukan masa yang lama.

Anda boleh pilih daging mengikut citarasa, sama ada daging lembu, kambing, rusa, ayam dan sebagainya. Sekiranya memilih daging, letak sedikit lemaknya untuk mendapatkan rasa lemak dan manis daging.

Sous Chef Farah Aiza Ahmad, berkongsi cara membuat pati burger sendiri.

Bahan untuk pati burger
800 gm daging/kambing cincang

1/2 bawang Holland di cincang

1 telur

Satu sudu daun Thymes (daging)/ rosemary (kambing)

Satu sudu kecil lada hitam

Satu sudu kecil garam bukit

Satu sudu kecil lada putih

Satu sudu kecil serbuk ayam

Bahan menggoreng:
Satu sudu marjerin

Sebiji bawang Holland (dihiris)

Bahan penyediaan burger:
Roti burger

1 sudu Mayonis

Cili sos

Timun dihiris

Salad dihirisKeju cheddar (cairkan sedikit)

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan untuk pati burger ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.

2. Ambil segenggam daging. Buat bentuk bulat-bulat dan kepal sehingga padat. Hempas-hempas daging untuk menjadikan isi lebih padat.

3. Leperkan setebal dua sentimeter dan buat bentuk bulat.

4. Panaskan kuali dan masukkan marjerin dan goreng pati burger sehingga masak. Elakkan daripada menekan pati burger.

5. Masukkan bawang Holland yang sudah dihiris ke dalam kuali yang sama dan goreng sekejap di sebelah daging tadi.

6. Angkat apabila daging masak dan bawang bertukar kekuningan. Ketepikan dulu.

7. Sekiranya pati burger yang belum dimasak ingin disimpan dalam pembeku, lapik dengan kertas pembakar terlebih dulu.

Menyediakan burger:
1. Belah dua roti dan sapu mentega di atasnya sebelum dibakar sekejap dalam kuali.

2. Angkat bila mentega cair dan kekuningan. Elakkan menekan roti semasa membakar bagi mengekalkan kegebuannya.

3. Letak bawang Holland atas roti, letak timun dan salad.

4. Letak sos cili di atas sayur-sayuran tadi dan keju cedar yang telah dicairkan sedikit.

5. Tutup dengan sebelah roti lagi. Hidangkan bersama jeruk timun dan salad atau kentang goreng.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×