Kalau sebut nama Lim Ju-Hwan, pasti ramai gadis sudah terbayang kekacakan pelakon Korea Selatan ini. Malah, kemunculan dalam drama baharu, The DSpies Who Loved Me juga menambah populariti sedia ada pelakon ini.
Dibawakan secara eksklusif di iQIYI, Ju-Hwan sempat menjawab beberapa soalan kepada pihak media berhubung watak Derek Hyun. Mengakui bukan mudah untuk membawa watak komedi bukan pertama kali, Ju-Hwan agak tertekan
HITS: Pertama kali membawakan watak komedi, bagaimana Ju-Hwan mencorak watak itu dengan cara sendiri?
Ju-Hwan: Pastinya mencuba sesuatu yang baharu memang mengujakan. Namun, sebagai pelakon memang ada rasa tekanan itu. Lagipun ini kali pertama saya mencuba watak komedi. Takut juga penerimaan peminat, tetapi saya anggap itu cabaran.
Apa yang membuatkan Ju-Hwan terbuka hati untuk menerima drama The Spies Who Loved Me ini? Sementelah membawakan watak komedi itu bukan mudah.
Pertama sekali pastilah watak Derek Hyun ini cukup menarik minat saya. Watak komedi pula itu. Tetapi saya juga tertarik dengan jalan cerita yang cukup menghiburkan hati. Lagipun ini drama romantik-komedi, jadi peminat juga pasti teruja.
Apakah cabaran untuk membawakan watak Derek Hyun? Boleh kongsikan persediaannya?
Derek Hyun fasih bertutur dalam semua jenis bahasa asing, yang merupakan cabaran besar bagi saya. Menghafal skrip dalam bahasa asing macam kita menghafal lirik juga. Memang saya kena kerja lebih keraslah (ketawa).
Pertama kali juga bekerjasama dengan Yoo In-Na, bagaimana Ju-Hwan mencari keserasian? Apatah lagi, watak sebagai suami kepada aktres tersebut.
Kami banyak berbincang dan sebenarnya, saya sendiri banyak belajar untuk mencari keserasian daripada Yoo In-Naa. Memang betul cakap orang, dia selayaknya bergelar Ratu Drama Romantik Komedi.
Yoo In-Na juga secara peribadi seorang yang cukup baik. Saya gembira dapat berkerjsama dengan dia untuk drama ini.

Selama 18 tahun mewarnai kanvas seni, bagaimana Ju-Hwan melihat pencapaian setakat ini? Adakah kejayaan yang dikecapi sudah cukup atau masih ada impian yang belum tercapai?
Wow! Sudah 18 tahun rupanya saya dalam industri seni ini. Sekejap sahaja kan? Kalau nak cakap sudah berpuas hati hati, masih belum lagi rasanya. Saya sekarang mahu memberi fokus mengembangkan lagi kerjaya mungkin ke peringkat antarabangsa.
Saya sangat berharap agar peminat industri seni akan terus menyokong kerjaya. Mana yang kurang, saya akan terus belajar untuk memperbaiki.
Sudah hampir dua dekad, semestinya ada lagi watak yang diimpikan oleh Ju-Hwan?
Bagi saya semua watak dan drama punya cabaran tersendiri. Tetapi saya teringin untuk membintangi drama berkonsepkan jenayah atau berunsurkan sejarah.
Sepanjang karier sebagai pelakon, mungkin Ju-Hwan boleh kongsikan watak yang paling digemari?
Sebenarnya semua watak ada kelebihan sendiri. Cuma setakat ini, watak kegemaran saya pastilah Gu Do Gyeong dalam filem The Game: Towards Zero. Mungkin keranaa itu filem baharu saya (ketawa).
Apa yang diharapkan Ju-Hwan daripada peminat terutama apabila mereka ditanya tentang diri anda?
Saya berharap, andai mereka memberi persepsi atau tanggapan, jawapannya adalah Lim Ju-Hwan selayaknya bergelar seorang pelakon. Itu bermakna saya sudah berjaya membawa watak-watak dalam drama yang saya bintangi.










