JIM tahan 24 PATI dalam operasi Mega di R&R Gurun - Utusan Malaysia

JIM tahan 24 PATI dalam operasi Mega di R&R Gurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi Mega di hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun arah selatan dekat sini hari ini. 

Operasi yang bermula pukul 8 malam semalam hingga 2 pagi ini menyasarkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan termasuk penumpang pengangkutan awam.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, pihaknya bertindak memeriksa seramai 860 individu pelbagai warganegara sebelum menahan 24 warga asing kerana didapati melakukan kesalahan imigresen.

“Kita menahan enam bas ekspres, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser dan Avanza; sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier dan sebuah kereta Proton Wira.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seramai 24 warga asing dan seorang warga tempatan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, tangkapan PATI melibatkan 10 warga Myanmar, empat warga India, masing-masing tiga warga Kemboja, Thailand dan Bangladesh serta seorang warga Pakistan berusia antara tiga tahun hingga lingkungan 40-an. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×