Ogy anggap Azmil seperti abang kandung - Utusan Malaysia

Ogy anggap Azmil seperti abang kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Fauziah Ahmad Daud menyifatkan Allahyarham Azmil Mustapha sebagai seorang pelindung seperti abang kandungnya sendiri.

“Ali Setan sudah tiada. Tiada lagi orang yang akan memanggil saya dengan nama Asmidar. Saya akan selalu merindui keramahan, senyuman dan ketawanya. Semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang beriman,” katanya yang juga dikenali Ogy Ahmad Daud ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Sementara pengarah, Othman Hafsham, 79, terkejut menerima berita pemergian hero filem Mekanik itu.

“Sejak beliau jadi ‘ustaz’, jarang saya bertemu dengannya. Kali terakhir beberapa tahun sudah ketika satu acara yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas),” kata Othman.

Azmil Mustapha meninggal dunia sekitar pukul 12.40 tengah hari tadi di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.

Menurut adiknya, Azif Mustapha, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang tidur.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, Selangor dan dikebumikan selepas wakti Asar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×