Tindak balas alahan serius punca kematian menantu TPM - Utusan Malaysia

Tindak balas alahan serius punca kematian menantu TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bahawa punca kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi ketika menerima rawatan di Pusat Pergigian Imperial pada 1 Jun 2016 adalah disebabkan anaphylaxis iaitu tindak balas alahan yang serius.

Pegawai Penyiasat, Cawa­ngan Kawalan Amalan Perubatan Swasta Putrajaya, Dr. Siti Khadijah Hawari, 37, berkata, Syed Alman Zain mengalami anaphylaxis berikutan diberi ubat penenang untuk prosedur rawatan pergigian.

“Tempoh masa antara pengambilan makanan dan prosedur pergigian telah mengetepikan kemungkinan tidak balas itu disebabkan alahan terhadap makanan yang diambil mangsa, selain itu laporan daripada Jabatan Ki­mia juga tidak merujuk kepada sebarang alahan makanan,” katanya ketika membacakan laporan bedah siasat terhadap Syed Alman Zain pada perbicaraan kes Pusat Pergigian Imperial yang didakwa berhubung kematian lelaki itu.

Doktor itu yang merupakan saksi pendakwaan terakhir berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam, P. Sreekant berhubung punca kematian Syed Alman Zain dan alasan terhadap tindak balas alahan yang serius itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×