Malang nasib 
Syihan digantung sementara 60 hari - Utusan Malaysia

Malang nasib 
Syihan digantung sementara 60 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENJAGA gol muda Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed terpaksa menelan kepahitan apabila digantung sementara selama 60 hari setelah didapati positif bahan terlarang, metabolite methandienone.

Perkara tersebut disahkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berdasarkan ujian air kencing sampel A yang diambil ketika Kejuaraan AFC bawah 23 tahun (B-23) di Changshu, China, Januari lalu.

Pemain kelahiran Kelantan yang enggan mendedahkan butiran produk berkenaan berharap keputusan lebih positif hadir daripada ujian sampel B nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya reda dengan keputusan ini. Saya juga telah memohon kepada AFC supaya sampel B diuji dan ia telah dibuat semalam (kelmarin). Saya hanya perlu menunggu keputusan sama kekal positif atau negatif tetapi berharap ia menjadi negatif,” kata Syihan kepada Kosmo! semalam.

Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC memutuskan bahawa Syihan didapati bersalah melanggar Artikel 6 Peraturan Anti Doping AFC dan dikenakan penggantungan sementara selama 60 hari daripada mengambil bahagian dalam segala aktiviti bola sepak termasuk aksi domestik, persahabatan dan perlawanan rasmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×