KPDNKK Terengganu rampas selipar tiruan bernilai RM27,120 - Utusan Malaysia

KPDNKK Terengganu rampas selipar tiruan bernilai RM27,120

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merampas 339 pasang selipar tiruan bernilai RM27,120 menerusi serbuan di sebuah premis di Dataran Austin, Gong Badak, Kuala Nerus semalam.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pihaknya melakukan serbuan di premis berkenaan pada pukul 3.20 petang selepas melakukan pemantauan serta risikan selama seminggu.

“Peniaga terbabit yang menggunakan laman Facebook untuk mengiklankan produk tersebut mendakwa selipar dijual adalah tulen dan berkualiti dengan harga RM80 sepasang.

“Siasatan awal mendapati, perniagaan yang dijalankan secara atas talian itu sudah beroperasi selama empat tahun dengan menjadikan premis tersebut sebagai stor untuk penyimpanan stok,” katanya ketika sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saharuddin berkata, ketika serbuan, pemilik premis terbabit turut mengakui bahawa selipar tersebut bukan barangan tulen dan dibawa masuk ke negara ini dari China. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×