AFC 2018: Persija Jakarta ada misi besar bertemu JDT esok - Utusan Malaysia

AFC 2018: Persija Jakarta ada misi besar bertemu JDT esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta mempunyai misi besar apabila turun bertemu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi perlawanan Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam esok.

Penyerangnya Rudi Widodo berkata mengutip satu mata daripada perlawanan itu sahaja tidak  cukup  kerana jika boleh, mereka mahu menewaskan JDT di depan peminat mereka sendiri.

“Kami telah sepakat untuk tidak akan kalah kerana kami ada Bambang Pamungkas. Dia adalah pemain contoh dan pemain terbaik di negara kami dan dari dia, kami mendapat motivasi yang banyak agar tidak cepat gentar dan berusaha lebih keras,” kata Rudi dalam sidang media praperlawanan di sini, hari ini.

Seperti Rudi, Ketua Jurulatih Persija, Alesandro Steffano Cuggura Rodrigues juga senada dalam hal itu.

Beliau berkata ketiadaan penyerang sensasi mereka Marko Simic bukan  penghalang untuk kelab mereka mencipta kejutan kerana pihaknya tidak hanya meletakkan harapan jaringan gol pada Simic semata-mata malah meliputi kesemua pemain. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×