Aksem Perlis rampas rokok dan arak nilai lebih RM7 juta - Utusan Malaysia

Aksem Perlis rampas rokok dan arak nilai lebih RM7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis berjaya merampas kartun rokok putih dan tin arak elak cukai kastam dalam jumlah besar yang dianggarkan bernilai lebih RM7 juta.

Komander Aksem Padang Besar, Asisten Superintendan Bahari Ahmad berkata, rokok dan minuman keras itu dirampas di sebuah gudang tidak bernombor di Permatang Pauh, Seberang Jaya, Pulau Pinang kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati, rokok dan minuman keras itu untuk pasaran di Perak, Kedah dan Perlis.

“Semua rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis untuk siasat lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Turut ditahan enam suspek lelaki merangkumi seorang warga tempatan dan lima lelaki warga Bangladesh berusia 20 hingga 64 tahun,” katanya pada media di Aksem Kuala Perlis di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×