Apa dah jadi Zurich Takaful? - Utusan Malaysia

Apa dah jadi Zurich Takaful?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA dan anak-anak adalah pemegang kad perubatan Zurich Takaful yang kononnya menawarkan perkhidmatan cekap dan terbaik. Malangnya, syarikat insurans ini hanya manis mulut ketika hendak menjual produk-produk mereka tetapi bila kita hendak berurusan dengan mereka cukup susah.

Ini terutamanya apabila menelefon talian customer care. Sudahlah mesin yang jawab, terpaksa menunggu lama, bila dapat bercakap dengan operator pelanggan pula tiba-tiba dia memotong perbualan dan masuk ke dalam mesin semula.

Janganlah hanya lembut lidah bila hendakkan duit pelanggan, tetapi bila hendak bertanya atau dalam masalah, cukup payah pula untuk dihubungi.

Operator pula jawab macam suara orang malas dan mahu cepat menghentikan perbualan. Saya pun terkejut, betulkah saya menelefon talian customer care dengan ucapan selamat apa pun tidak ada dan suara cukup perlahan macam orang belum makan. Sudah dua kali saya berhadapan situasi seperti ini ketika menghubungi Zurich, kali pertama ketika anak saya sakit hendak masuk hospital, hujung tahun lalu.

Saya berpendapat, syarikat ini perlu memberi latihan kepada pekerja-pekerjanya macam mana cara jawab telefon. Inikah yang dikatakan memberi khidmat terbaik kepada pelanggan?

MAKCIK BAWANG

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×