PUTATAN – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sebanyak RM66 juta bagi membina rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan membaik pulih rumah rakyat di negeri ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah peruntukan berkenaan sebanyak 253 buah rumah PPRT akan dibina manakala 3,259 buah rumah pula akan dibaik pulih.
“Sepanjang tahun 2014 hingga tahun lalu sejumlah RM321.5 juta diperuntukan bagi projek ini yang mana 3,936 buah adalah pembinaan rumah baharu manakala 8,616 pula untuk membaik pulih rumah.
“Peruntukan ini memberi manfaat kepada 43,080 rakyat Sabah yang memerlukan bantuan memiliki tempat tinggal yang selesa dan sempurna,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Unit PPRT di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ahli Perlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Mojigoh dan Ketua UMNO Bahagian Penampang, Senator Datuk John Ambrose. – K! ONLINE











